Site icon TechNave BM

Selepas 108MP, kini Xiaomi mungkin bakal melancarkan telefon dengan kamera 200MP pula

Xiaomi sudah pun menghasilkan beberapa telefon dengan sensor kamera 108MP seperti siri Mi 11 dan siri Redmi Note 10. Kini syarikat teknologi China itu dilaporkan sedang mengusahakan jumlah megapiksel yang lebih tinggi untuk telefon seterusnya iaitu sehingga 200MP.

Telefon itu dipercayai akan dilengkapi sensor kamera Samsung yang mempunyai piksel lebih kecil berbanding sensor ISOCELL GN2. Samsung telah pun dikhabarkan akan melancarkan sebuah sensor 200MP pada tahun ini, bagi menggantikan sensor 108MP yang terdapat dalam telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 Ultra.

Samsung juga telah menunjukkan konsep untuk sensor kamera 600MP, namun ia mungkin masih jauh lagi sebelum mencapai tahap komersial. Buat masa ini, sensor 200MP adalah sasaran yang lebih realistik.

Untuk mengetahui manfaat kamera dengan jumlah megapiksel tinggi, jangan lupa untuk baca artikel ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera 200MP dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version