Selepas dua hari guna POCO M3, adakah ini ‘budget killer’?

Baru-baru ini, POCO telah melancarkan telefon pertama segmen bajet mereka untuk pasaran Malaysia iaitu POCO M3. Dengan harga serendah RM599, POCO M3 ini menawarkan beberapa ciri menarik yang sukar untuk didapati dengan harga yang murah itu.

POCO M3 ini sememangnya memberikan cabaran kepada jenama-jenama lain untuk telefon kelas permulaan. Dengan bateri yang besar serta pembesar suara stereo, POCO M3 ini patut dipertimbangkan sekirannya anda mencari sebuah telefon bajet.

Adakah ianya berhak untuk mendapat nama panggilan ‘budget killer‘? Tonton video ini untuk melihat pengalaman kami menggunakan telefon ini selama dua hari.

Ikuti kami di YouTube untuk video terbaru mengenai telefon pintar dan gajet masa kini.