Selepas seminggu guna Lenovo Legion Phone Duel, istimewa!

Tidak lama yang lalu, Lenovo Malaysia telah melancarkan telefon gaming pertama dari mereka iaitu Lenovo Legion Phone Duel. Telefon ini memasuki pasaran Malaysia beberapa bulan setelah ianya dilancarkan untuk pasaran China.

Untuk sebuah telefon gaming pada tahun ini, Lenovo Legion Phone Duel sememangnya menawarkan pelbagai ciri-ciri yang menarik pada tanda harga yang berpatutan. Pengecasan pantas 90W yang menggunakan dua kabel adalah antara ciri menarik yang ada pada telefon ini.

Kami telah menggunakan telefon gaming ini selama seminggu. Adakah ianya sehebat telefon andalan gaming yang lain pada tahun ini? Tonton video ini untuk butiran lanjut mengenai keistimewaan telefon ini yang tiada pada telefon yang lain.

Ikuti kami di YouTube untuk video terkini yang menarik mengenai peranti dan gajet terbaru.