Selepas seminggu guna realme 7 5G, lancar tapi…

Dalam video kali ini, kami kongsikan pengalaman kami setelah menggunakan peranti realme 7 5G selama seminggu. realme 7 5G ini hadir dengan pelbagai ciri yang menarik seperti cipset Dimensity 800U 5G. Cipset Dimensity ini mempunyai prestasi yang bagus dengan penijmatan kuasa yang baik.

Bukan itu sahaja, realme 7 5G kali ini mempunyai skrin dengan kadar segar semula 120Hz yang dapat memberikan pengalaman penggunaan telefon yang lebih seronok. Secara ringkasnya, perbezaan realme 7 5G dengan realme 7 versi biasa adalah cipset, kadar segar semula skrin dan kamera yang digunakan.

Berbaloi ke tak? Tonton video ini untuk butiran yang lebih lanjut mengenai realme 7 5G.

Ikuti kami di YouTube untuk video teknologi terkini.