Selepas tiga hari guna POCO M3 Pro 5G, berbaloi?

Dalam video kali ini, kami mengulas sedikit mengenai peranti kelas pertengahan terbaru dari POCO iaitu POCO M3 Pro 5G. Yang menarik, ia adalah peranti 5G yang termurah di Malaysia buat masa ini.

Namun begitu, peranti ini bukanlah peranti yang baru. Ini adalah peranti penjenamaan semula dari Redmi Note 10 5G. Ia mengekalkan spesifikasi yang sama dengan reka bentuk yang baru.

Jadi, adakah ia berbaloi untuk dibeli? Mari tonton video ini dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.