Seminggu guna ‘smartwatch’ Xiaomi murah RM249! – Xiaomi Mi Watch Lite

Baru-baru ini, Xiaomi Malaysia telah melanrkan seutas jam tangan pintar Xiaomi Mi Watch Lite di pasaran tempatan. Ia hadir dengan harga asal RM249 dan menawarkan beberapa spesifikasi asas untuk jam tangan pintar.

Dengan spesifikasi seperti paparan 1.4 inci beresolusi 320 x 320, bateri 230mAh yang mampu bertahan sehingga 9 hari melalui 2 jam pengecasan dan beberapa ciri kesihatan seperti monitor degup jantung dan monitor waktu tidur, adakah ianya berbaloi untuk dibeli?

Tonton video seminggu selepas pengguna Mi Watch Lite untuk ketahui jika ianya berbaloi untuk dibeli. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan ikuti kami di YouTube untuk lebih video gajet yang menarik.