Site icon TechNave BM

Semua model iPhone 13 mungkin dilengkapi LiDAR, 120Hz hanya untuk model Pro

Berita atau ura-ura menegnai iPhone 13 mungkin masih terlalu awal, namun kita tidak boleh menepis sebarang kebarangkalian untuk peranti Apple ini. Terkini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa kesemua model iPhone 13 bakal dilengkapi sensor LiDAR, manakala skrin ProMotion 120Hz bakal hadir hanya pada model Pro sahaja.

Mengenai sensor LiDAR, sumber telah melaporkan bahawa Apple bakal melengkapkan kesemua iPhone model pada tahun 2021 dengan teknologi pengimbas LiDAR. Tambah sumber, Apple telah menandatangani perjanjian dengan Sony yang menjamin bahawa pengimbas LiDAR bakal hadir pada iPhone sekurang-kurangnya sehingga 2023.

iPhone 12 Pro Max yang mempunyai sensor LiDAR

Berkenaan skrin ProMotion 120Hz pula, sumber menyatakan bahawa ciri ini hanya bakal hadir pada model iPhone 13 yang tertinggi, berkemungkinan iPhone 13 Pro/iPhone 13 Pro Max sahaja. Perkara ini dikatakan kerana Apple tidak akan memuatkan perkakas mahal seperti LTPO (Low Temperature Polycrystalline Oxide) pada varian iPhone yang lebih murah.

Apa pun, kesemua maklumat ini hanyalah laporan dari media, bukan dari pihak Apple sendiri. Anda boleh menyemak kembali berita lepas mengenai iPhone 13 seperti jangkaan kehadiran Touch ID dan lain-lain.

Beritahu harapan dan jangkaan anda terhadap iPhone 13 di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Sumber gambar dari Wccftech

Exit mobile version