Site icon TechNave BM

Senarai lengkap harga peranti terbaharu Xiaomi Ogos 2021

Hari ini, gergasi pengeluar peranti pintar China, Xiaomi, secara rasmi melancarkan sejumlah besar produknya. Walaupun acara ini lebih memfokuskan kepada Xiaomi Mi MIX 4, syarikat itu mengeluarkan sembilan produk yang lain termasuk siri Xiaomi Pad 5, aksesori, TV pintar, pembesar suara dan anjing robot. Berikut adalah senarai penuh harga produk ini.

XIAOMI MI MIX 4

Telefon pintar ini adalah peranti andalan terbaharu daripada Xiaomi dan mempunyai empat pilihan warna tersedia iaitu hitam seramik, putih seramik, biru bayangan dan kelabu. Untuk mendapatkan perincian mengenai peranti andalan ini, klik di sini. Walau bagaimanapun, harga model ini berbeza mengikut spesifikasi:

XIAOMI MI PAD 5 DAN MI PAD 5 PRO

Xiaomi Mi Pad 5 adalah tablet Xiaomi pertama dalam tempoh tiga tahun selepas Xiaomi Mi Pad 4 dilancarkan pada tahun 2018. Untuk mendapatkan perincian mengenai tablet ini, klik di sini. Berikut adalah harga untuk varian Mi Pad 5:

Mi Pad 5:

Tersedia dalam warna putih, hitam dan hijau.

Mi Pad Pro:

Tersedia dalam warna putih dan hitam.

XIAOMI MI PAD KEYBOARD TYPE DOUBLE-SIDE PROTECTIVE SHELL

Ini merupakan aksesori untuk siri Xiaomi Mi Pad 5 yang berharga 399 yuan (~RM260) dan ia tersedia dalam warna putih, hitam, dan hijau.

MAGNETIC DOUBLE-SIDE PROTECTIVE CASE FOR XIAOMI TABLET

Ini adalah aksesori untuk siri Xiaomi Mi Pad 5 yang berharga 99 yuan (~RM64) dan tersedia dalam warna oren, hitam, dan hijau.

XIAOMI INSPIRED STYLUS

Stilus ini dibuat khas untuk siri Xiaomi Mi Pad 5 yang merupakan tablet Xiaomi pertama menyokong stilus. Stilus ini mempunyai berat 12.2 gram, kadar pengambilan sentuhan 240 Hz dan ketahanan bateri sehingga 8 jam. Harga runcit untuk stilus ini ialah 349 yuan (~RM228).

XIAOMI MI TV MASTER 77 INCH OLED

TV pintar ini mempunyai pelbagai ciri khas seperti panel 4K WOLED 77 inci, gamut warna tinggi, kecerahan puncak 1000 nits, kadar penyegaran semula 120Hz, NVIDIA G-SYNC, VRR, ALLM dan dwi-HDMI v2.1. Harga runcit untuk TV pintar ini ialah 19,999 yuan (~RM13,079).

XIAOMI MI TV 6 OLED

TV pintar ini terdapat dalam dua saiz iaitu 65 inci dan 55 inci. Harga TV ini bermula:

XIAOMI SOUND SMART SPEAKER

Pembesar suara yang diberi sentuhan khas oleh Harman AudioEFX dan memiliki reka bentuk kemasan hitam klasik ini berharga 499 yuan (~RM326).

XIAOMI CYBERDOG

CyberDog adalah sebuah robot yang dikuasai oleh NVIDIA Jetson Xiavier NX AI Supercomputer for Embedded and Edge Systems Sensor serta mempunyai spesifikasi seperti kamera AI, kamera binokular ultra lebar, sensor kedalaman Intel RealSense D450, pengesanan peta SLAM dan penjejakan automatik. Anjing robot ini mempunyai prestasi sepantas 21 TOPS. Untuk mendapatkan perincian mengenai anjing robot ini, klik di sini. CyberDog ini berharga 9999 yuan (~RM6,538).

Ketersediaan peranti dalam pasaran

Telefon pintar, tablet dan aksesori: Pra-penjualan pada 10 Ogos dan penjualan rasmi pada 16 Ogos.

TV pintar Xiaomi: Pra-penjualan bermula pada 16 Ogos dan penjualan rasmi pertama pada 18 Ogos

Pembesar suara: Pra-penjualan bermula pada 10 Ogos dan penjualan rasmi akan bermula 20 Ogos.

Cyber ​​Dog: Pra-penjualan akan bermula pada jam 10 Ogos.

Adakah anda menantikan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version