Site icon TechNave BM

Senarai prestasi AnTuTu Android China Februari 2021: Redmi K40 Pro kalahkan Xiaomi Mi 11!

Walaupun kita masih berada di penggal awal tahun 2021, namun kita telah menyaksikan kehadiran beberapa peranti andalan dari jenama popular. Terkini, platform penanda aras AnTuTu telah mengeluarkan senarai 10 peranti Android teratas dengan prestasi baik berdasarkan pasaran China untuk Februari 2021.

Melihat kepada senarai, peranti yang paling berprestasi adalah vivo iQOO 7 dengan markah 726,939, disusuli dengan vivo X60 Pro+ dengan markah 726,925 dan Redmi K40 Pro dengan markah 718,834. Menariknya, Xiaomi Mi 11 berada di tangga keempat selepas Redmi K40 Pro. Untuk pengetahuan anda, harga Redmi K40 Pro di pasaran China adalah lebih murah berbanding Xiaomi Mi 11.

Sumber: AnTuTu China

Apa pun, masih terlalu awal untuk peminat Xiaomi kecewa kerana jenama tersebut masih tidak mengeluarkan versi Pro atau Ultra yang lebih berprestasi untuk dibandingkan dengan Redmi K40 Pro.

Kami akan maklumkan sekiranya AnTuTu sudah mengeluarkan senarai peranti Android berprestasi untuk peringkat global. Komen pandangan anda mengenai berita ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version