Sentuhan pertama HUAWEI nova 7 5G!

HUAWEI nova 7 5G merupakan peranti dari siri nova 7 yang agak unik reka bentuknya. Bukan setakat itu, ia dihuni pelbagai spesifikasi menonjol termasuklah janaan cipset Kirin 985 5G. Untuk pengetahuan anda, ia bakal tersedia di pasaran Malaysia bermula 7 Julai 2020.

Untuk menyemak spesifikasi lanjutnya, anda boleh ke pautan ini. HUAWEI nova 7 merupakan antara peranti 5G yang berharga di bawah RM2000 dengan pemilikan kamera utama 64MP dan RAM sehingga 8GB. Jom tengok dengan lebih dekat!

Ikuti kami di YouTube TechNave BM untuk video telefon pintar lain dan beritahu komen anda di laman Facebook kami!