Site icon TechNave BM

Sharp Malaysia bekerjasama dengan MISSION: IMPOSSIBLE DEAD RECKONING PART ONE, tawarkan promosi untuk AQUOS XLED

Untuk meraikan ulang tahun ke-111, Sharp Electronics Malaysia bekerjasama dengan filem MISSION: IMPOSSIBLE DEAD RECKONING PART ONE bersama-sama pelancaran AQUOS XLED. Barisan TV pintar AQUOS XLED telah pun diumumkan untuk pasaran Malaysia bulan lepas tetapi hanya model standard yang disebut.

Untuk mempromosikan barisan baharu, AQUOS XLED akan didatangkan dalam dua varian iaitu model 65 inci berharga RM15,999 manakala model 75 inci akan masuk ke pasaran pada Julai 2023 dengan harga RM25,999. Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah seperti Sharp AQUOS 65 inci 4K UHD Android TV dan Dolby Atmos Sound Bar bersama-sama dengan hadiah percuma semasa pembelian.

Diskaun dan promosi akan tersedia dari 19 Jun hingga 31 Julai 2023 di seluruh pengedar rasmi Sharp. Sharp juga akan menganjurkan peraduan dalam talian di mana pemenang bertuah akan berpeluang menghadiri tayangan perdana eksklusif MISSION: IMPOSSIBLE DEAD RECKONING PART ONE pada 10 Julai 2023.

Pemenang akan menjadi antara yang pertama menonton filem ini di pawagam sebelum tarikh tontonan rasminya pada 12 Julai 2023. Ini adalah spesifikasi AQUOS XLED:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version