More

    Sharp Malaysia bekerjasama dengan MISSION: IMPOSSIBLE DEAD RECKONING PART ONE, tawarkan promosi untuk AQUOS XLED

    Untuk meraikan ulang tahun ke-111, Sharp Electronics Malaysia bekerjasama dengan filem MISSION: IMPOSSIBLE DEAD RECKONING PART ONE bersama-sama pelancaran AQUOS XLED. Barisan TV pintar AQUOS XLED telah pun diumumkan untuk pasaran Malaysia bulan lepas tetapi hanya model standard yang disebut.

    Untuk mempromosikan barisan baharu, AQUOS XLED akan didatangkan dalam dua varian iaitu model 65 inci berharga RM15,999 manakala model 75 inci akan masuk ke pasaran pada Julai 2023 dengan harga RM25,999. Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah seperti Sharp AQUOS 65 inci 4K UHD Android TV dan Dolby Atmos Sound Bar bersama-sama dengan hadiah percuma semasa pembelian.

    Diskaun dan promosi akan tersedia dari 19 Jun hingga 31 Julai 2023 di seluruh pengedar rasmi Sharp. Sharp juga akan menganjurkan peraduan dalam talian di mana pemenang bertuah akan berpeluang menghadiri tayangan perdana eksklusif MISSION: IMPOSSIBLE DEAD RECKONING PART ONE pada 10 Julai 2023.

    Pemenang akan menjadi antara yang pertama menonton filem ini di pawagam sebelum tarikh tontonan rasminya pada 12 Julai 2023. Ini adalah spesifikasi AQUOS XLED:

    • Xtreme miniLED – Menyediakan lebih 2000 zon peredupan
    • Kecerahan Xtreme – Dengan 88x LED lampu latar memberikan sehingga 6x kecerahan puncak berbanding model Sharp 4K konvensional yang lain
    • Deep Chroma – Menyediakan lebih daripada 20% kawasan liputan warna
    • Sistem Persekitaran Pembesar Suara ARSS+ – Menampilkan 11 pembesar suara mengelilingi skrin dan menyokong output audio 85W

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured