Site icon TechNave BM

Siri Acer Aspire AI dilancar dengan pilihan pemproses Intel, AMD dan Snapdragon, bermula ~RM4,322

Acer hari ini melancarkan barisan komputer riba baharu di bawah siri Aspire AI yang menawarkan enam model dalam dua saiz berbeza iaitu 14 inci dan 16 inci dengan pilihan pemproses termasuk Intel, AMD dan Snapdragon. Kesemua model ini tampil dengan sokongan penuh Copilot+ AI dalam Windows 11 yang mana menjadikan pengalaman pengguna lebih pintar dan cekap.

Barisan Aspire AI ini diperkenalkan secara global dan dijangka memasuki pasaran bermula Jun hingga Ogos 2025. Menariknya, Acer menjadi antara pengeluar awal yang menyertakan fungsi AI generatif secara natif dalam komputer riba menerusi Windows 11 versi Copilot+ merangkumi ciri seperti Live Captions, Cocreator, Windows Studio Effects serta Recall iaitu sebuah fungsi pencarian kandungan berasaskan kronologi interaksi pengguna.

Bagi pasaran Eropah dan Australia, harga bagi model-model baharu ini adalah seperti berikut:

Kesemua model menampilkan rekaan nipis dan ringan yang sesuai untuk pengguna produktif, mobiliti dan prestasi. Dengan penggunaan pemproses terkini yang menyokong pemprosesan AI secara dalaman (on-device), komputer riba ini juga dijangka menawarkan hayat bateri lebih lama dan kecekapan tenaga lebih baik.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi berkenaan ketersediaan dan harga bagi pasaran Malaysia. Namun berdasarkan trend, model-model ini dijangka akan ditawarkan secara rasmi tidak lama selepas pelancaran global.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version