More

    Siri Acer Aspire AI dilancar dengan pilihan pemproses Intel, AMD dan Snapdragon, bermula ~RM4,322

    Acer hari ini melancarkan barisan komputer riba baharu di bawah siri Aspire AI yang menawarkan enam model dalam dua saiz berbeza iaitu 14 inci dan 16 inci dengan pilihan pemproses termasuk Intel, AMD dan Snapdragon. Kesemua model ini tampil dengan sokongan penuh Copilot+ AI dalam Windows 11 yang mana menjadikan pengalaman pengguna lebih pintar dan cekap.

    Barisan Aspire AI ini diperkenalkan secara global dan dijangka memasuki pasaran bermula Jun hingga Ogos 2025. Menariknya, Acer menjadi antara pengeluar awal yang menyertakan fungsi AI generatif secara natif dalam komputer riba menerusi Windows 11 versi Copilot+ merangkumi ciri seperti Live Captions, Cocreator, Windows Studio Effects serta Recall iaitu sebuah fungsi pencarian kandungan berasaskan kronologi interaksi pengguna.

    Bagi pasaran Eropah dan Australia, harga bagi model-model baharu ini adalah seperti berikut:

    • Aspire 14 AI (Snapdragon X) — Dijangka mula dijual pada Jun dengan harga bermula €899 (~RM4,322).
    • Aspire 14 AI (Intel/AMD) — Pelancaran pada Julai; harga daripada €999 (~RM4,803).
    • Aspire 16 AI (Snapdragon X) — Dijadualkan memasuki pasaran Julai ini pada harga permulaan €999 (~RM4,803).
    • Aspire 16 AI (Intel/AMD) — Akan ditawarkan bermula Ogos dengan harga dari €1,099 (~RM5,284).

    Kesemua model menampilkan rekaan nipis dan ringan yang sesuai untuk pengguna produktif, mobiliti dan prestasi. Dengan penggunaan pemproses terkini yang menyokong pemprosesan AI secara dalaman (on-device), komputer riba ini juga dijangka menawarkan hayat bateri lebih lama dan kecekapan tenaga lebih baik.

    Setakat ini, belum ada maklumat rasmi berkenaan ketersediaan dan harga bagi pasaran Malaysia. Namun berdasarkan trend, model-model ini dijangka akan ditawarkan secara rasmi tidak lama selepas pelancaran global.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured