Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy A dengan skrin 120Hz bakal dilancar pada 18 Januari, mungkin Galaxy A54

Laman web rasmi Samsung India baru sahaja mengumumkan bahawa syarikat itu akan melancarkan telefon pintar siri A pada pada 18 Januari jam 12:00 tengah hari waktu tempatan (2:30 petang waktu Malaysia).

Peranti yang akan dilancarkan mungkin Samsung Galaxy A54 yang pernah muncul dalam penyenaraian Geekbench. Di laman web tersebut, Samsung mendedahkan skrin 120Hz pada telefon yang akan datang dengan beberapa ciri menarik.

Samsung secara rasmi mendedahkan warna peranti iaitu Awesome Black, Awesome Burgundy dan Awesome Green. Walaupun syarikat itu tidak menyatakan nama peranti, cukup jelas bahawa acara 18 Januari adalah Galaxy A54 kerana maklumat yang didedahkan selaras dengan khabar angin sebelum ini.

Satu-satunya pilihan lain adalah Galaxy A34, tetapi maklumat sentiasa menegaskan bahawa peranti itu mempunyai paparan 90Hz. Namun, terdapat sedikit kekeliruan kerana khabar angin menyatakan telefon pintar itu akan menampilkan skrin 6.4 inci, manakala laman web rasmi menyatakan 6.6 inci.

Kami masih menunggu maklumat setereusnya menjelang pelancaran. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version