More

    Samsung Galaxy A54 5G akan dilancar tidak lama lagi, tampilkan cipset Exynos dan Bluetooth 5.3

    Dilaporkan bahawa Samsung Galaxy A54 5G akan dilancarkan tidak lama lagi manakala siri Galaxy A5x yang akan datang mungkin hadir sebagai telefon premium dalam siri Samsung A. Selain itu, laporan mengatakan Galaxy A74 5G tidak akan dilancarkan tahun depan.

    Penyenaraian oleh Bluetooth SIG mendedahkan bahawa Galaxy A54 5G membawa nombor model SM-A546V dan ia akan menyokong Bluetooth 5.3. Samsung Galaxy A54 5G menggunakan cipset kod Exynos bernama s5e8835, mempunyai RAM 6GB dan menggunakan sistem One UI 5.0 berdasarkan Android 13. 

    Telefon ini memperoleh 776 mata dan 2599 mata dalam ujian teras tunggal dan berbilang teras di Geekbench. Daripada segi reka bentuk, ia menggunakan skrin rata dengan lubang tebuk di tengah dan mempunyai bezel yang nipis. Butang kuasa dan audio terletak di sisi kanan dan bahagian bawah peranti terdapat port USB-C, mikrofon, pembesar suara dan bicu fon 3.5mm.

    Dalam aspek lain, Samsung Galaxy A54 5G mungkin dilengkapi dengan bateri 5,100mAh, tri-kamera belakang serta dijangka akan dilengkapi dengan sensor kamera utama 50MP dan paparan FHD+ AMOLED 6.4 inci yang menyokong kadar penyegaran 120Hz.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured