Site icon TechNave BM

Siri HONOR 200 akan dilancar di Malaysia pada 19 Jun 2024

Selepas siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dilancar di China pada bulan Mei lalu, kini ia akan dilancar pula untuk pasaran Malaysia pada hari Rabu, 19 Jun 2024 jam 8:00 malam. HONOR Malaysia telah mula mengedarkan kad jemputan kepada para media untuk majlis pelancarannya pada hari tersebut.

Jika anda berminat dengan siri telefon ini, HONOR Malaysia sedang menganjurkan promosi pra-tempahan khas untuk HONOR 200 Pro. Anda hanya perlu membayar deposit RM20 untuk memastikan tempahan HONOR 200 Pro dan anda juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,377 termasuklah:

Antara fungsi yang menarik pada HONOR 200 adalah HONOR AI Portrait Engine yang dibangunkan dengan kerjasama studio Paris yang ternama, Studio Harcourt, untuk menghasilkan gambar mod potret yang cantik.

Selain itu, HONOR 200 Pro pula merupakan telefon pertama di Malaysia yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 yang merupakan cipset tercanggih oleh Qualcomm pada waktu ini. Spesifikasi lain yang menarik termasuklah pengecasan pantas 100W dan skrin OLED 6.7 inci dengan kadar 120Hz.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version