More

    Siri HONOR 200 rasmi dengan Snapdragon 8s Gen 3, kamera 50MP bermula ~RM1,749

    Baru-baru ini, HONOR telah melancarkan siri HONOR 200 dengan tema “Master of Light and Shadow Photography”. Siri ini hadir dengan versi standard dan Pro yang menggabungkan teknologi cahaya serta bayangan AI melalui kerjasama dengan Studio Harcourt.

    HONOR 200 Pro dilengkapi dengan tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera makro ultra lebar 12MP dan kamera potret telefoto 50MP yang menyokong anti goncang OIS. Manakala bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 50MP. Ia memiliki ketebalan 8.2mm dan berat 199g.

    Skrin menggunakan OLED bersaiz 6.78 inci, kadar segar semula 120Hz dan peredupan PWM frekuensi tinggi. HONOR 200 Pro dilengkapi cipset Snapdragon 8s Gen 3 dan cip peningkatan RF yang dibangunkan sendiri. Baterinya berkapasiti 5,200mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W dan wayarles 66W.

    Versi standard HONOR 200 pula dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.7 inci yang menyokong kadar penyegaran 120Hz dan peredupan PWM frekuensi tinggi. Kamera hadapan dan belakang adalah sama dengan versi Pro. Spesifikasi lain termasuk cipset Snapdragon 7 Gen 3, pelesapan haba VC bionik keluli tahan karat 5029mm², ketebalan 7.7mm dan berat 187g.

    Harga versi standard HONOR 200 untuk pasaran China bermula 2,699 yuan (~RM1,749) dan HONOR 200 Pro berharga daripada 3,499 yuan (~RM2,267). Kita perlu menunggu HONOR Malaysia untuk mengumumkan ketersediaannya dalam pasaran tempatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HONOR 200 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR 1|2

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...