Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI Mate 40 mungkin akan sokong pengecasan pantas 66W

Menurut sebuah poster promosi untuk EMUI 11 yang diumumkan pada acara Huawei Developers Conference baru-baru ini, siri telefon pintar flagship HUAWEI Mate 40 akan dilengkapi pengecasan pantas 66W. Ini adalah berita terbaru tentang peranti tersebut selepas ia mendapat kelulusan oleh pihak kerajaan di China.

Memandangkan ia adalah telefon flagship, kadar pengecasan 66W adalah sesuatu yang memang dijangka. Sebagai rujukan, telefon flagship HUAWEI terbaru setakat ini, P40 Pro+, mempunyai pengecasan pantas 40W sahaja.

Sebelum ini, siri HUAWEI Mate 40 dilaporkan terdiri daripada Mate 40, Mate 40 pro dan Mate 40 Pro+. Ia akan dilengkapi cipset Kirin 9000 iaitu mungkin cipset Kirin yang terakhir berikutan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat. Spesifikasi lain yang dilaporkan termasuklah kamera 108MP, skrin 6.67 inci 90Hz dan bateri sehingga 5,000mAh.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version