More

    Pelancaran HUAWEI P40 Pro+ di Malaysia: Kamera Leica Ultra Vision dengan zum 100x, Kirin 990 5G berharga RM4,999

    Peminat HUAWEI di Malaysia tentu akan bergembira apabila telefon flagship HUAWEI P40 Pro+ bakal dijual dalam pasaran Malaysia bermula Jumaat, 26 Jun ini pada harga RM4,999. Varian tertinggi dalam siri HUAWEI P40 ini dilengkapi teknologi kamera Leica Ultra Vision yang sangat canggih, dengan kebolehan zum sehingga 100x dan lima kamera untuk memberikan mutu gambar yang cantik pada setiap masa.

    Dengan teknologi HUAWEI XD Fusion Engine dan algoritma Super Resolution (SR), P40 Pro+ mampu mencapai zum jauh yang menyerupai jarak fokal (focal length) 240mm dalam kanta kamera sebenar. Telefon ini bukan setakat boleh zum jauh dalam video sahaja, malah ia dilengkapi zum audio bertuju (directional audio zoom) untuk memfokus dan menguatkan bunyi subjek yang dizumkan dalam video.

    Di samping teknologi lensanya, kamera P40 Pro+ dioperasikan oleh pelbagai teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti AI Remove Passerby dan AI Remove Reflections untuk membuang sebarang unsur-unsur yang tidak dikehendaki seperti orang di latar belakang atau pantulan cermin dalam setiap gambar yang diambil. AI Best Moment pula akan menangkap beberapa gambar selepas pengguna menekan butang shutter dan akan memilih gambar yang terbaik.

    Spesifikasi lain dalam P40 Pro+ juga tidak kurang hebatnya dengan komponen flagship seperti cipset Kirin 990 5G, pengecasan pantas 40W HUAWEI SuperCharge secara berwayar dan wayarles yang boleh mengecas sebanyak 70% dalam 30 minit serta pelbagai spesifikasi canggih yang lain.

    Berikut adalah spesifikasi HUAWEI P40 Pro+:

    • Cipset HiSilicon Kirin 990 5G
    • RAM 8GB, storan 512GB
    • Skrin OLED 90Hz 6.58 inci dengan resolusi 1200 x 2460 dan HDR10
    • Kamera Ultra Vision 50MP + kamera ultra-lebar SuperSensing Cine Camera 40MP + kamera SuperZoom 8MP dengan zum optikal 10x + kamera telefoto 8MP dengan zum optikal 3x + sensor kedalaman 3D.
    • Kamera selfie 32MP + sensor kedalaman 3D
    • Bateri 4,200mAh
    • Pengecasan HUAWEI SuperCharge 40W berwayar dan wayarles
    • EMUI 10.1 berdasarkan Android 10
    • Badan diperbuat daripada seramik ,rating kalis air dan debu IP68

    HUAWEI P40 Pro+ akan dijual dalam warna putih Ceramic White. Para pelanggan awal boleh membawa pulang hadiah bernilai RM1,300 yang termasuk earphone wayarles HUAWEI Freebuds 3, HUAWEI SuperCharge Wireless Charger Stand (40W), akses percuma selama tiga bulan untuk HUAWEI Video VIP, storan 50GB dalam HUAWEI Cloud, jaminan lanjutan selama setahun dan perlindungan skrin retak selama sebulan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan HUAWEI P40 Pro+ pada Jumaat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured