Siri HUAWEI Mate50 sudah berada dalam pasaran Malaysia dalam dua warna baharu iaitu Kulit Vegan Hitam Karbon dan Perak. Peranti ini telah mendapat respons yang menggalakkan di seluruh negara di mana Mate50 Pro Edisi Kaca Kunlun telah habis dijual pada hari pertama pelancaran jualannya.
Siri Mate50 menawarkan teknologi pengimejan XMAGE yang mempunyai apertur fizikal boleh laras 10 saiz, kamera Ultra Apertur, Super Night Mode, Potret Profesional dan Super Macro. Ia menggunakan perisian EMUI13 yang akan memberikan pengguna Pengalaman Super Device.
Selain itu, Mate50 Pro edisi kali ini dilengkapi dengan skrin kaca Kunlun yang tahan terhadap sebarang calar, titisan dan percikan air. Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu Kulit Vegan Oren, Kulit Vegan Hitam Karbon dan Perak. Dengan teknologi bateri SuperEnergy Boosting, ia membolehkan pengguna menggunakan kapasiti bateri 1% sehingga 3 jam.
Anda boleh untuk memuat turun kebanyakan aplikasi popular di Malaysia melalui HUAWEI AppGallery. Dengan memuat turun LightHouse, ia memberi anda akses kepada kebanyakan aplikasi Google seperti Google Maps, Google Chrome, Youtube dan lain lain.
Anda boleh dapatkan HUAWEI Mate50 Pro Edisi Kaca Kunlun pada harga RM4,899 dalam Kulit Vegan Hitam Karbon di semua HUAWEI Experience Store dan Laman Web Rasmi HUAWEI.
Pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM300, jaminan kaca 3 bulan dan waranti lanjutan selama satu tahun untuk setiap pembelian yang dibuat hari ini.
Ketahui maklumat terkini atau promosi mengenai Siri Mate50 di laman web rasmi HUAWEI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

