More

    HUAWEI Mate50 Pro dalam pasaran Malaysia bawa 2 warna baharu, Edisi Kaca Kunlun berharga RM4,899

    Siri HUAWEI Mate50 sudah berada dalam pasaran Malaysia dalam dua warna baharu iaitu Kulit Vegan Hitam Karbon dan Perak. Peranti ini telah mendapat respons yang menggalakkan di seluruh negara di mana Mate50 Pro Edisi Kaca Kunlun telah habis dijual pada hari pertama pelancaran jualannya.

    Siri Mate50 menawarkan teknologi pengimejan XMAGE yang mempunyai apertur fizikal boleh laras 10 saiz, kamera Ultra Apertur, Super Night Mode, Potret Profesional dan Super Macro. Ia menggunakan perisian EMUI13 yang akan memberikan pengguna Pengalaman Super Device.

    Selain itu, Mate50 Pro edisi kali ini dilengkapi dengan skrin kaca Kunlun yang tahan terhadap sebarang calar, titisan dan percikan air. Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu Kulit Vegan Oren, Kulit Vegan Hitam Karbon dan Perak. Dengan teknologi bateri SuperEnergy Boosting, ia membolehkan pengguna menggunakan kapasiti bateri 1% sehingga 3 jam.

    Anda boleh untuk memuat turun kebanyakan aplikasi popular di Malaysia melalui HUAWEI AppGallery. Dengan memuat turun LightHouse, ia memberi anda akses kepada kebanyakan aplikasi Google seperti Google Maps, Google Chrome, Youtube dan lain lain.

    Anda boleh dapatkan HUAWEI Mate50 Pro Edisi Kaca Kunlun pada harga RM4,899 dalam Kulit Vegan Hitam Karbon di semua HUAWEI Experience Store dan Laman Web Rasmi HUAWEI.

    Pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM300, jaminan kaca 3 bulan dan waranti lanjutan selama satu tahun untuk setiap pembelian yang dibuat hari ini.

    Ketahui maklumat terkini atau promosi mengenai Siri Mate50 di laman web rasmi HUAWEI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured