More

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina menggunakan teknologi proses 3nm TSMC yang disasarkan untuk laptop nipis, ringan dan tanpa kipas bagi kategori peranti Googlebook.

    Daripada segi seni bina, pemproses ini menggunakan reka bentuk lapan teras prestasi penuh (all-big-core). Konfigurasi teras CPU merangkumi 1 teras Arm Cortex-X925 pada kelajuan sehingga 3.73 GHz, 3 teras Arm Cortex-X4 dan 4 teras Arm Cortex-A720. Pemproses ini turut dilengkapi memori L3 cache 12MB dan System Level Cache (SLC) 10MB.

    Bagi fungsi pemprosesan kecerdasan buatan, cip ini dimuatkan dengan MediaTek NPU 890 yang berupaya menghasilkan prestasi pemprosesan AI tempatan sehingga 55 TOPS. Bahagian grafik digerakkan oleh GPU Arm Immortalis-G925 MC11 11-teras yang menyokong paparan skrin dalaman sehingga resolusi 4K 60Hz serta dwi-paparan luaran 4K.

    MediaTek mendakwa pemproses ini mampu memberikan prestasi berbilang teras sehingga 15% lebih pantas dan 50% lebih jimat tenaga berbanding cip pesaing. Dari segi ketersambungan dan pemprosesan media, pemproses ini menyokong memori LPDDR5X sehingga 9600 Mbps, storan UFS 4.0, Wi-Fi 7, serta Bluetooth 6.0.

    Ciri rakaman imej disokong oleh ISP Imagiq 1090 yang mengendalikan sensor kamera sehingga 32MP dengan fungsi penstabilan video dan penjejakan auto-fokus. MediaTek mengesahkan bahawa pemproses Dimensity CX C10 Max ini disediakan khusus untuk platform peranti Googlebook. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...