Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI nova 12 dilancar di Malaysia: Kamera 108MP & EMUI 14 bermula RM1,299

HUAWEI mengumumkan ketibaan siri HUAWEI nova 12 di Malaysia yang terdiri daripada nova 12s, nova 12 SE dan nova 12i. Barisan ini menawarkan pengguna pelbagai ciri inovatif dan reka bentuk yang bergaya untuk memenuhi keperluan mereka yang pelbagai.

Setiap peranti dalam siri nova 12 direka dengan teliti dengan reka bentuk simetri anggun nova di mana 12i sehingga nova 12s merupakan peranti padat dan ringan untuk memenuhi jangkaan serta pilihan pengguna. Kamera utama 108MP nova 12 SE dan nova 12i atau kamera hadapan 60MP nova 12s memberikan kualiti imej yang jelas dengan setiap tangkapan. 

Menawarkan perspektif segar tentang reka bentuk, nova 12SE menampilkan reka bentuk cincin orbit bintang super manakala nova 12s premium mempunyai skrin ultra-nipis dengan sisi rata untuk pengalaman visual yang mengasyikkan.

Memperkasakan pengguna dengan prestasi teguh dan hayat bateri yang tahan lama, siri ini menggabungkan teknologi Turbo 2.0 SuperCharge 66W dan EMUI 14 untuk sistem pengendalian yang lancar, cekap dan selamat. Mentakrifkan semula interaksi telefon pintar, siri nova 12 memperkenalkan ciri inovatif seperti SuperHub dan Live View, meningkatkan pengurusan data dan pengalaman pengguna.

Berikut adalah spesfikasi ringkas bagi ketiga-tiga peranti:

HUAWEI nova 12s
HUAWEI nova 12 SE
HUAWEI nova 12i

Tawaran prapesanan tersedia sehingga 5 April 2024 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM988 melalui saluran rasmi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini atau promosi terkini tentang siri HUAWEI nova 12, anda boleh layari laman web rasmi HUAWEIFacebook atau Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version