More

    Siri HUAWEI nova 12 dilancar di Malaysia: Kamera 108MP & EMUI 14 bermula RM1,299

    HUAWEI mengumumkan ketibaan siri HUAWEI nova 12 di Malaysia yang terdiri daripada nova 12s, nova 12 SE dan nova 12i. Barisan ini menawarkan pengguna pelbagai ciri inovatif dan reka bentuk yang bergaya untuk memenuhi keperluan mereka yang pelbagai.

    Setiap peranti dalam siri nova 12 direka dengan teliti dengan reka bentuk simetri anggun nova di mana 12i sehingga nova 12s merupakan peranti padat dan ringan untuk memenuhi jangkaan serta pilihan pengguna. Kamera utama 108MP nova 12 SE dan nova 12i atau kamera hadapan 60MP nova 12s memberikan kualiti imej yang jelas dengan setiap tangkapan. 

    Menawarkan perspektif segar tentang reka bentuk, nova 12SE menampilkan reka bentuk cincin orbit bintang super manakala nova 12s premium mempunyai skrin ultra-nipis dengan sisi rata untuk pengalaman visual yang mengasyikkan.

    Memperkasakan pengguna dengan prestasi teguh dan hayat bateri yang tahan lama, siri ini menggabungkan teknologi Turbo 2.0 SuperCharge 66W dan EMUI 14 untuk sistem pengendalian yang lancar, cekap dan selamat. Mentakrifkan semula interaksi telefon pintar, siri nova 12 memperkenalkan ciri inovatif seperti SuperHub dan Live View, meningkatkan pengurusan data dan pengalaman pengguna.

    Berikut adalah spesfikasi ringkas bagi ketiga-tiga peranti:

    HUAWEI nova 12s
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 778G 4G
    • Skrin OLED 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz
    • ROM 256GB
    • Kamera belakang: Penglihatan Ultra 50MP (apertur f/1.9), Marco Ultra Lebar 8MP (apertur f/2.2)
    • Kamera hadapan ultra lebar 60MP
    • Bateri 4,500mAh dengan penegecasan Turbo 2.0 SuperCharge 66W
    • Spesifikasi lain: EMUI 14, NFC, bicu audio, Bluetooth 5.2
    • Warna: Hitam, putih, biru
    • Harga: RM1,999
    HUAWEI nova 12 SE
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 680
    • Skrin OLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz
    • ROM 256GB
    • Kamera belakang: Kamera resolusi tinggi 108MP (apertur f/1.9), sudut ultra lebar 8MP (apertur f/2.2), makro 2MP (apertur f/2.4)
    • Kamera hadapan 32MP
    • Bateri 4,500mAh dengan penegecasan Turbo 2.0 SuperCharge 66W
    • Spesifikasi lain: EMUI 14, NFC, bicu audio, Bluetooth 5.2
    • Warna: Hijau, hitam
    • Harga: RM1,499
    HUAWEI nova 12i
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 680
    • Skrin LCD 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz
    • RAM 8GB + ROM 256GB
    • Kamera belakang: Kamera utama 108MP (apertur f/1.9), kamera kedalaman 2MP (apertur f/2.4)
    • Kamera hadapan 8MP
    • Bateri 5,000mAh dengan penegecasan Turbo 2.0 SuperCharge 40W
    • Spesifikasi lain: EMUI 14, NFC, bicu audio, Bluetooth 5.2
    • Warna: Hijau, hitam
    • Harga: RM1,299

    Tawaran prapesanan tersedia sehingga 5 April 2024 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM988 melalui saluran rasmi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini atau promosi terkini tentang siri HUAWEI nova 12, anda boleh layari laman web rasmi HUAWEI, Facebook atau Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured