Site icon TechNave BM

Siri iPhone 12 dilancar: Cip A14 Bionic, 5G, Super Retina XDR, 3 kamera, harga bermula RM3,399

Terkini, Apple telah melancarkan siri telefon pintar yang ditunggu ramai, siri iPhone 12 di arena telefon pintar. Siri terbaru ini terdiri daripada iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan varian tertinggi iPhone 12 Pro Max.

Antara spesifikasi utama pada siri iPhone 12 ini adalah sokongan 5G dan spesifikasi skrin Super Retina XDR. Antara perbezaan di antara model dalam siri iPhone 12 ini pula adalah dari segi spesifikasi kamera pada beberapa model. Siri iPhone 12 dijana cipset A14 Bionic yang hadir dengan CPU 6 teras, GPU 4 teras dan enjin neural 16 teras. Menurut Apple, CPU A14 Bionic adalah 50% lebih pantas berbanding cip lain.

iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 Pro

Model iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max hadir dengan beberapa spesifikasi berbeza dengan iPhone 12 dan iPhone 12 mini. Antaranya adalah spesifikasi tiga kamera utama dan ciri fotografi seperti Computational Photography, Night Mode pada lensa ultra lebar, Night Mode Time-Lapse dan Apple ProRAW.

Sebagai tambahan, iPhone 12 Pro dan Pro Max dilengkapi ciri tambahan seperti penstabilan imej optikal (OIS) atau sensor shift untuk penghasilan gambar yang lebih baik.

Rekaan model Pro dan Pro Max juga tampil dengan rekaan yang kelihatan lebih premium, serta pilihan warna yang eksklusif. iPhone 12 Pro hadir dengan skrin Super Retina XDR sama, tetapi versi Pro bersaiz 6.1 inci, manakala versi Pro Max bersaiz 6.7 inci.

Antara spesifikasi asas iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max adalah seperti berikut:

iPhone 12 dan iPhone 12 mini

iPhone 12 hadir dengan paparan berukuran 6.1 inci, manakala iPhone 12 mini hadir dengan paparan berukuran 5.4 inci. Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi yang sama seperti dua kamera utama dan pilihan warna sama.

Lebih menarik, kedua-dua model ini memiliki litupan panel hadapan Ceramic Shield yang dikatakan mampu meningkatkan daya tahan lasak sehingga 4x lebih baik berbanding iPhone 11.

Antara spesifikasi asas iPhone 12 dan iPhone 12 mini adalah seperti berikut:

Untuk pengetahuan anda, siri iPhone 12 tidak disertakan pengecas dan EarPods bersama memandangkan Apple berhasrat untuk ke arah lebih mesra alam. Namun, anda akan mendapat wayar kabel Lighting ke USB-C bersama dalam kotak siri iPhone 12.

Berdasarkan laman web Apple Malaysia, harga untuk siri iPhone 12 bermula pada RM3,399 sehingga RM6,699. Namun, kami masih ketiadaan maklumat mengenai tarikh penjualan rasmi di pasaran Malaysia.

Anda boleh merujuk harga di bawah:

Adakah anda akan mendapatkan siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version