Site icon TechNave BM

Siri iPhone 14 mungkin bawa saiz bonggol kamera yang lebih besar berbanding iPhone 13 Pro

Kini, lukisan CAD untuk rekaan belakang iphone 14, 14 Mini, 14 Pro dan 14 Pro Max didedahkan, menunjukkan bonggol kamera pada model Pro yang lebih besar berbanding siri iPhone 13 Pro.

Menurut laporan sebelum ini, Apple akan meningkatkan saiz sensor ke 48MP pada model Pro tahun ini. Gambar yang diambil masih lagi 12MP tetapi dengan ketajaman yang lebih baik. Penganalisis Ming-Chi Kuo mengatakan ini adalah sebab saiz lensa meningkat sehingga 15 peratus dan saiz fizikal ruang sensor meningkat sehingga 35 peratus.

Gambaran iPhone ini didapati di laman Twitter @ShrimpApplePro. Rekaan bonggol kamera pada iPhone 13 Pro Max menyebabkan peranti agak berat dan sukar diimbang. Berkemungkinan besar hal ini akan berlaku pada model Pro Apple pada tahun ini. Namun, pasti akan ada berita selanjutnya menjelang pelancaran siri iPhone 14.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version