Site icon TechNave BM

Siri iPhone 16 Pro dijangka bawa lensa telefoto tetraprism dengan zum optik 5x

Penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo mencadangkan bahawa kedua-dua iPhone 16 Pro dan ‌iPhone 16‌ Pro Max akan menampilkan lensa telefoto tetraprism Apple dengan keupayaan zum yang ditingkatkan. Sistem lensa tetraprism diperkenalkan pada iPhone 15 Pro Max, memberikan zum optik 5x untuk pertama kalinya‌.

Namun, ini agak pelik keraya fungsi ini tidak terdapat pada iPhone 15 Pro. Ketiadaan ini disebabkan oleh kekangan ruang dan hasil pengeluaran yang rendah dan hanya Pro Max yang dapat menampung perkakasan tersebut. Hasil pengeluaran kini telah meningkat daripada 40% kepada 70% atau lebih, membolehkan Apple untuk memperluaskan lensa tetraprism ke ‌iPhone 16‌ Pro.

Untuk memudahkan perkakasan kamera yang ditingkatkan, Apple merancang untuk menambah saiz ‌iPhone 16‌ Pro kepada 6.3 inci berbanding model sebelum ini pada 6.1 inci. Walaupun masih tidak jelas sama ada Apple akan meningkatkan lensa tetraprism pada 2024, khabar angin menunjukkan syarikat itu mungkin sedang menghasilkan “kamera telefoto super” dengan fokus yang lebih panjang.

Namun, maklumat ini mungkin akan berubah pada tahun depan memandangkan pelancarannya mungkin berlaku pada tahun hadapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version