Site icon TechNave BM

Siri iPhone 16 standard dijangka bawa perubahan kamera, bateri, prestasi dan memori

Kini, terdapat banyak spekulasi mengenai ciri dan peningkatan yang dijangkakan dalam dua model bukan Pro pada siri iPhone 16 yang dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2024. Khabar angin ini menyusun maklumat daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai, menggariskan perubahan ketara berbanding pendahulunya.

Walaupun iPhone 16 dan iPhone 16 Plus berkemungkinan mengekalkan reka bentuk dan dimensi pendahulunya, perubahan ketara dijangka termasuk susunan kamera belakang menegak untuk memudahkan penangkapan video spatial. Perubahan ketara lain termasuk penggantian suis bisu dengan butang Tindakan dan pengenalan butang “Tangkap” baharu.

iPhone 16 mungkin membawa kapasiti bateri 3,561mAh mewakili peningkatan 6% daripada iPhone 15 pada 3,349mAh. Siri tahun ini juga mempunyai keupayaan pengecasan pengecasan berwayar sehingga 40W, peningkatan 48% berbanding pengecasan berwayar 27W iPhone 15. Dalam pada itu, kelajuan pengecasan melalui MagSafe dipertingkatkan di mana iPhone 16 menyokong pengecasan sehingga 20W, mewakili peningkatan 25% berbanding pengecasan MagSafe 15W iPhone 15.

Selain itu, peningkatan dalam kuasa pemprosesan dengan cip A18 baharu yang menampilkan Enjin Neural untuk menyokong keupayaan AI generatif eksklusif. Penambahbaikan lanjut termasuk peningkatan 33% dalam memori daripada 6GB kepada 8GB dan sokongan Wi-Fi 6E.

Peningkatan ini diharapkan tidak mengganggu sebarang prestasi iPhone 16 dan berbaloi degan harganya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version