Site icon TechNave BM

Siri iQOO 12 mungkin akan dilancar pada 7 November 2023, rekaan kini tertiris

Siri telefon pintar andalan (flagship) iQOO 12 dan iQOO 12 Pro dijangka akan dilancar di China pada hari Selasa, 7 November 2023. Maklumat ini diperolehi daripada pengkhabar berita teknologi dalam Weibo, bersama gambar awal yang menunjukkan rekaannya.

Pengkhabar berita teknologi popular Digital Chat Station telah berkongsi gambar iQOO 12 yang berwarna putih di bahagian belakangnya dengan permukaan kaca. Telefon itu dijangka akan turut ditawarkan dalam warna hitam dan merah dengan kemasan kulit (leather).

Gambar itu menunjukkan bonggol kamera yang agak besar, mungkin terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto 64MP dan kamera telefon 50MP. Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuklah skrin 2K dengan kadar segar semula 144Hz, pengimbas cap jari ultrasonik, bateri 4,880mAh dan pengecasan pantas 120W.

Ia juga dijangka bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 yang akan dilancar pada minggu hadapan. Sebelum ini, iQOO 11 merupakan telefon Snapdragon 8 Gen 2 pertama yang dilancar di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version