Site icon TechNave BM

Siri OnePlus 8 bakal dilancarkan pada 14 April, 11PM (waktu Malaysia)

Jika anda sedang menanti flagship seterusnya daripada OnePlus, inilah berita gembira buat anda. OnePlus telah memuat naik sebuah perkongsian melalui laman Twitternya, mengumumkan bahawa siri OnePlus 8 bakal dilancarkan pada 14 April 2020, jam 11PM waktu Malaysia.

Kami telah menyiarkan beberapa gambar bayangan yang dilaporkan rasminya adalah reka bentuk OnePlus 8 dengan varian warna yang berbeza. Untuk melihat khabar angin mengenai spesifikasi siri OnePlus 8 yang lepas, anda boleh klik pada pautan ini.

Adakah anda sedang menanti peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version