More

    Pendedahan gambar sebenar siri OnePlus 8 dengan tetapan kamera quad Sony IMX689 48MP

    [Kemas kini 31/3: Siri OnePlus 8 akan dilancarkan pada 14 April jam 11.00 malam waktu Malaysia melalui sebuah acara dalam talian.]

    Terdahulu, kami telah mengkhabarkan mengenai beberapa spesifikasi asas siri OnePlus 8. Seorang penggiat teknologi terkemuka turut mendedahkan gambar bayangan siri OnePlus 8. Terkini, kami mempunyai berita tentang beberapa spesifikasi kamera dan gambar siri OnePlus 8 yang dipercayai merupakan gambar rasminya!

    Seorang penggiat teknologi melalui laman Twitter telah memuat naik sebuah perkongsian mengenai sensor kamera utama OnePlus 8 Pro, salah satu varian daripada siri OnePlus 8. OnePlus 8 Pro dilaporkan bakal dihuni tetapan kamera quad utama 48MP IMX689 + 48MP Sony IMX586 (ultra-lebar) + 8MP (telefoto) bersama 3x zum uptikal dan 30x zum digital dengan 5MP filter warna. Untuk kamera hadapan, sumber menjangkakan peranti bakal hadir dengan kamera selfie 16MP.

    Sepintas lalu, OnePlus 8 dilaporkan mempunyai cipset Snapdragon 865, skrin OLED Full HD+ berukuran 6.55 inci dengan kadar segar semula 90Hz, storan 128GB atau 256GB, RAM 8GB atau 12GB bersama bateri 4,300mAh dan pengecasan pantas 30W.

    OnePlus 8 Pro pula dilengkapi cipset Snapdragon 865, skrin AMOLED QHD+ berukuran 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz, varian memori 8GB + 128GB dan 12GB + 256GB, bateri 4,510mAh dan pengecasan pantas berwayar + wayarles 30W. Paling menarik dalam khabar angin kali ini, terdapat gambar tular yang dipercayai gambar rasmi siri OnePlus 8. Kami sertakan beberapa gambar di sini. Jika anda ingin melihat dengan lebih terperinci, klik pada pautan ini.

    Adakah siri OnePlus 8 bakal memonopoli kelas teratas telefon pintar Android sekali lagi pada tahun ini? Beritahu komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: WinFuture, Ishan Agarwal melalui Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...