Site icon TechNave BM

Siri OnePlus 8 dilancarkan dengan Snapdragon 865, RAM sehingga 12GB, harga bermula ~RM3,030

Terkini, OnePlus telah melancarkan ahli keluarga terbaru mereka, OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Siri OnePlus 8 menjanjikan salah satu siri flagship dengan Snapdragon 865 pada tahun ini yang lebih bergaya selari dengan prestasi mantap.

Antara spesifikasi yang menonjol dalam siri OnePlus 8 adalah reka bentuknya. Reka bentuk yang mengetengahkan sudahan pusam berfros (matte-frosted) menambah gaya sebuah flagship. Bukan itu sahaja, kemunculan pengecasan wayarles Warp Charge 30 Wireless turut menambah aspek ciri teknologi pada siri OnePlus 8 pada kali ini. Siri OnePlus 8 dengan cipset Snapdragon 865 dan RAM sehingga 12GB ini hadir dengan bateri 4510mAh yang mengambil masa setengah jam sahaja untuk pengecasan sehingga 60%. Semak spesifikasi penting siri OnePlus 8 di bawah atau klik pada pautan OnePlus 8 atau OnePlus 8 Pro untuk spesifikasi lanjut.

OnePlus 8 Pro

OnePlus 8

Anggaran harga untuk One Plus 8 bervarian 8GB+128GB adalah $699 (~RM3,030), manakala varian 12GB+256GB adalah $799 (~RM3,461). One Plus 8 Pro dengan varian 8GB+128GB pula berharga $899 (~RM3,895), manakala varian 12GB+265GB berharga $999 (~RM4,330). Pilihan terletak di tangan anda!

Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi mengenai keberadaannya di Malaysia. Sebarang maklumat harga dan tarikh pelancaran rasmi siri OnePlus 8 di Malaysia akan dimaklumkan melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda akan menyambar flagship terbaru OnePlus ini? Beritahu kami di laman Facebook!

Exit mobile version