More

    Siri OnePlus 8 dilancarkan dengan Snapdragon 865, RAM sehingga 12GB, harga bermula ~RM3,030

    Terkini, OnePlus telah melancarkan ahli keluarga terbaru mereka, OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Siri OnePlus 8 menjanjikan salah satu siri flagship dengan Snapdragon 865 pada tahun ini yang lebih bergaya selari dengan prestasi mantap.

    Antara spesifikasi yang menonjol dalam siri OnePlus 8 adalah reka bentuknya. Reka bentuk yang mengetengahkan sudahan pusam berfros (matte-frosted) menambah gaya sebuah flagship. Bukan itu sahaja, kemunculan pengecasan wayarles Warp Charge 30 Wireless turut menambah aspek ciri teknologi pada siri OnePlus 8 pada kali ini. Siri OnePlus 8 dengan cipset Snapdragon 865 dan RAM sehingga 12GB ini hadir dengan bateri 4510mAh yang mengambil masa setengah jam sahaja untuk pengecasan sehingga 60%. Semak spesifikasi penting siri OnePlus 8 di bawah atau klik pada pautan OnePlus 8 atau OnePlus 8 Pro untuk spesifikasi lanjut.

    OnePlus 8 Pro

    • Cipset Snapdragon 865
    • RAM 8GB/12GB + ROM 128GB/256GB
    • Paparan AMOLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1440 x 3168 piksel bersama kadar segar semula 120Hz dan kadar sentuhan (sampling rate) 240Hz
    • Kamera utama 48MP + 48MP (ultra-lebar) + 8MP telefoto + 5MP kamera warna
    • Kamera selfie 16MP
    • Bateri 4510mAh
    • Sokongan pengecasan pantas Warp Charge 30T dan pengecasan Warp Charge 30 Wireless
    • IP68, sensor cap jari bawah skrin
    • Pilihan warna Glacier Green, Onyx Black dan Ultramarine Blue

    OnePlus 8

    • Cipset Snapdragon 865
    • RAM 8GB/12GB + ROM 128GB/256GB
    • Paparan AMOLED 6.55 inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel bersama kadar segar semula 90Hz
    • Kamera utama 48MP + 16MP (ultra-lebar) + kamera makro 2MP
    • Kamera selfie 16MP
    • Bateri 4300mAh
    • Sokongan Warp Charge 30T
    • Pilihan warna Glacial Green dan Interstellar Glow

    Anggaran harga untuk One Plus 8 bervarian 8GB+128GB adalah $699 (~RM3,030), manakala varian 12GB+256GB adalah $799 (~RM3,461). One Plus 8 Pro dengan varian 8GB+128GB pula berharga $899 (~RM3,895), manakala varian 12GB+265GB berharga $999 (~RM4,330). Pilihan terletak di tangan anda!

    Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi mengenai keberadaannya di Malaysia. Sebarang maklumat harga dan tarikh pelancaran rasmi siri OnePlus 8 di Malaysia akan dimaklumkan melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda akan menyambar flagship terbaru OnePlus ini? Beritahu kami di laman Facebook!

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured