Site icon TechNave BM

Siri OnePlus 8 disahkan hadir dengan RAM LPDDR5, storan UFS 3.0 dan Snapdragon 865 oleh CEO OnePlus

Melalui berita spesifikasi dan ciri teknologi siri OnePlus 8 yang lepas, kita sudah dapat menjangkakan cipset Snapdragon 865. Dengan pembanjiran maklumat yang tidak rasmi, pastinya peminat (termasuk kami juga) berusaha mencari maklumat yang agak kukuh sumbernya. CEO OnePlus, Pete Lau kini mengeluarkan beberapa maklumat mengenai siri OnePlus 8 melalui sebuah forum komuniti.

Pete Lau menyatakan bahawa pasukan R&D OnePlus telah menambah baik beberapa perkakas dalam peranti yang akan datang. Beliau mengesahkan kehadiran cipset Snapdragon 865. Hal ini sudah dijangkakan kerana kebanyakan flagship pada tahun ini hadir dengan cipset Qualcomm baru tersebut.

Apa yang lebih menarik, Pete Lau turut mengesahkan bahawa peranti OnePlus 8 bakal dihuni standard RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.0. Jika anda masih tidak tahu, LPDDR5 boleh meningkatkan prestasi peranti dengan peralihan data yang lebih laju, tetapi dengan penggunaan kuasa yang lebih menjimatkan.

Dengan spesifikasi dan ciri teknologi di atas, apakah jangkaan anda terhadap siri OnePlus 8 yang bakal dilancarkan pada 14 April ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version