OPPO memperkenalkan siri Reno 13 di China dengan menampilkan dua model iaitu Reno 13 dan Reno 13 Pro. Daripada segi paparan, Reno 13 hadir dengan skrin 6.59 inci AMOLED rata beresolusi 1.5K manakala Reno 13 Pro menawarkan skrin melengkung 6.83 inci dengan resolusi lebih tinggi. Kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz.
Siri ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8350 dan kamera juga menjadi tarikan utama dengan Reno 13 menampilkan kamera utama 50MP Sony IMX882 dan Reno 13 Pro dilengkapi kamera periskop 50MP yang mampu zoom sehingga 100X. Kamera swafoto 50MP pada kedua-dua model pula menyokong rakaman video 4K 60fps.
Kapasiti bateri adalah 5,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W SuperVOOC. Model Pro turut menyokong pengecasan tanpa wayar 50W AIRVOOC. Tambahan, peranti ini tahan air dan debu dengan penarafan IP66 hingga IP69. Untuk harga, ia bermula daripada RMB2,699 (~RM1,750) hingga RMB4,499 (~RM2,910).
Siri ini sudah tersedia di China, dengan pelancaran global dijangka diumumkan tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OPPO Reno 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

