More

    Siri OPPO Reno 13 dilancar dengan Dimensity 8350, kamera Sony IMX882 50MP bermula ~RM1,750

    OPPO memperkenalkan siri Reno 13 di China dengan menampilkan dua model iaitu Reno 13 dan Reno 13 Pro. Daripada segi paparan, Reno 13 hadir dengan skrin 6.59 inci AMOLED rata beresolusi 1.5K manakala Reno 13 Pro menawarkan skrin melengkung 6.83 inci dengan resolusi lebih tinggi. Kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz.

    Siri ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8350 dan kamera juga menjadi tarikan utama dengan Reno 13 menampilkan kamera utama 50MP Sony IMX882 dan Reno 13 Pro dilengkapi kamera periskop 50MP yang mampu zoom sehingga 100X. Kamera swafoto 50MP pada kedua-dua model pula menyokong rakaman video 4K 60fps.

    Kapasiti bateri adalah 5,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W SuperVOOC. Model Pro turut menyokong pengecasan tanpa wayar 50W AIRVOOC. Tambahan, peranti ini tahan air dan debu dengan penarafan IP66 hingga IP69. Untuk harga, ia bermula daripada RMB2,699 (~RM1,750) hingga RMB4,499 (~RM2,910).

    Siri ini sudah tersedia di China, dengan pelancaran global dijangka diumumkan tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OPPO Reno 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO 1|2

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured