Site icon TechNave BM

Siri POCO F5 dilancar di Malaysia: SD 8+ Gen 1, AMOLED 120Hz, cas pantas 67W bermula RM1,399

POCO Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu POCO F5 dan POCO F5 Pro. Walaupun siri POCO F kali ini menampilkan cipset andalan pada tahun lepas, ia masih dijual pada harga yang sangat mampu milik untuk prestasi yang ditawarkan.

POCO F5 Pro dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan merupakan telefon POCO pertama yang dilengkapi skrin AMOLED 120Hz dengan resolusi WQHD+. Ini akan menawarkan imej yang sangat cantik pada skrinnya sambil menghasilkan prestasi yang sangat pantas untuk telefon kelas pertengahan.

Skrin ini mempunyai kecerahan puncak setinggi 1,400 nits untuk memudahkan pengguna melihatnya di bawah cahaya matahari terik. Bagi mengekalkan suhu telefon pada tahap optimum, ia dilengkapi teknologi penyejukan LiquidCool Technology 2.0 dengan kamar wap untuk pelesapan haba yang tinggi.

Baterinya yang berkapasiti 5,160mAh mempunyai kadar pengecasan pantas sebanyak 67W serta menyokong kadar pengecasan wayarles 30W. POCO mengatakan pengecasan selama 15 minit dengan kadar 67W boleh mengecas baterinya sebanyak 50%.

Untuk POCO F5 pula, ia adalah telefon POCO pertama yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2 untuk prestasi gaming yang masih memuaskan dalam peranti kelas pertengahan. Skrinnya masih lagi mempunyai panel AMOLED 120Hz untuk penghasilan warna dan animasi yang menawan.

Walaupun dengan harga yang lebih murah, POCO F5 masih mempunyai pengecasan pantas 67W dan teknologi penyejukan LiquidCool Technology 2.0 dengan kamar wap.

Kedua-dua telefon mempunyai kamera yang sama, iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP. POCO F5 Pro boleh merakam video 8K manakala POCO F5 boleh merakam video setakat 4K sahaja.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri POCO F5:

POCO F5 Pro

POCO F5

Pra-tempahan akan dibuka bermula 9 Mei 2023 di Lazada untuk POCO F5 Pro dan Shopee untuk POCO F5. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version