More

    Siri POCO F5 dilancar di Malaysia: SD 8+ Gen 1, AMOLED 120Hz, cas pantas 67W bermula RM1,399

    POCO Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu POCO F5 dan POCO F5 Pro. Walaupun siri POCO F kali ini menampilkan cipset andalan pada tahun lepas, ia masih dijual pada harga yang sangat mampu milik untuk prestasi yang ditawarkan.

    POCO F5 Pro dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan merupakan telefon POCO pertama yang dilengkapi skrin AMOLED 120Hz dengan resolusi WQHD+. Ini akan menawarkan imej yang sangat cantik pada skrinnya sambil menghasilkan prestasi yang sangat pantas untuk telefon kelas pertengahan.

    Skrin ini mempunyai kecerahan puncak setinggi 1,400 nits untuk memudahkan pengguna melihatnya di bawah cahaya matahari terik. Bagi mengekalkan suhu telefon pada tahap optimum, ia dilengkapi teknologi penyejukan LiquidCool Technology 2.0 dengan kamar wap untuk pelesapan haba yang tinggi.

    Baterinya yang berkapasiti 5,160mAh mempunyai kadar pengecasan pantas sebanyak 67W serta menyokong kadar pengecasan wayarles 30W. POCO mengatakan pengecasan selama 15 minit dengan kadar 67W boleh mengecas baterinya sebanyak 50%.

    Untuk POCO F5 pula, ia adalah telefon POCO pertama yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2 untuk prestasi gaming yang masih memuaskan dalam peranti kelas pertengahan. Skrinnya masih lagi mempunyai panel AMOLED 120Hz untuk penghasilan warna dan animasi yang menawan.

    Walaupun dengan harga yang lebih murah, POCO F5 masih mempunyai pengecasan pantas 67W dan teknologi penyejukan LiquidCool Technology 2.0 dengan kamar wap.

    Kedua-dua telefon mempunyai kamera yang sama, iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP. POCO F5 Pro boleh merakam video 8K manakala POCO F5 boleh merakam video setakat 4K sahaja.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri POCO F5:

    "
    "

    POCO F5 Pro

    • Skrin AMOLED, resolusi WQHD+ (3200×1440), 6.67 inci, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 480Hz, kecerahan puncak 1,400 nits, dibina dengan kaca Corning Gorilla Glass 5
    • Cipset Snapdragon 8+ Gen 1
    • RAM LPDDR5 8GB atau 12GB, boleh dibesarkan dengan RAM Expansion 3.0
    • Storan dalaman UFS 3.1 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,160mAh
    • Pengecasan pantas 67W, pengecasan wayarles 30W
    • Sistem operasi MIUI 14 for POCO berdasarkan Android 13
    • Pengimbas cap jari dalam skrin
    • Rating kalis air IP53
    • Sistem penyejukan LiquidCool Technology 2.0
    • Menyokong rangkaian 5G, Bluetooth 5.3, NFC, pemancar IR
    • Pembesar suara stereo
    • Pilihan warna hitam, putih
    • Harga:
      • 8GB+256GB: RM2,099 (promosi awal RM1,999)
      • 12GB+256GB: RM2,199 (promosi awal RM2,099)
      • 12GB+512GB: RM2,399 (promosi awal RM2,199)

    POCO F5

    • Skrin AMOLED, resolusi FHD+ (2400×1080), 6.67 inci, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 240Hz, kecerahan puncak 1,000 nits, dibina dengan kaca Corning Gorilla Glass 5
    • Cipset Snapdragon 7+ Gen 2
    • RAM LPDDR5 8GB atau 12GB
    • Storan dalaman UFS 3.1 256GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 67W
    • Sistem operasi MIUI 14 for POCO berdasarkan Android 13
    • Pengimbas cap jari bahagian sisi
    • Sistem penyejukan LiquidCool Technology 2.0
    • Menyokong rangkaian 5G, Bluetooth 5.3, NFC, pemancar IR
    • Bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo
    • Pilihan warna hitam, puith, biru
    • Harga:
      • 8GB+256GB: RM1,699 (promosi awal RM1,399)
      • 12GB+256GB: RM1,799 (promosi awal RM1,499)

    Pra-tempahan akan dibuka bermula 9 Mei 2023 di Lazada untuk POCO F5 Pro dan Shopee untuk POCO F5. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured