Site icon TechNave BM

Siri realme 11 akan dilancar pada 10 Mei 2023

Sebelum ini, siri realme 11 disahkan bakal dilancar pada bulan Mei 2023 namun tarikhnya masih belum ditentukan. Kini, realme mengesahkan bahawa siri realme 11 akan dilancar di China pada 10 Mei 2023, jam 4:00 petang.

Poster pengumuman tersebut dibuat dalam Weibo, namun rekaan dan spesifikasi telefon itu masih belum diketahui. Untuk realme 11 5G, ia telah mendapat pengiktirafan 3C di China dengan nombor model RMX3751, di mana ia bakal dilengkapi pengecasan pantas 33W.

Ini bakal menjadi telefon terbaru dalam siri realme Number Series selepas realme 10 Pro Coca-Cola Edition yang dilancar pada awal tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version