Site icon TechNave BM

Siri realme 11 akan dilancar pada bulan Mei 2023

Selepas melancarkan realme 10 Pro Coca-Cola Edition pada beberapa minggu lalu, kini realme bakal melancarkan siri terbaru dalam produk realme Number Series iaitu realme 11 pada bulan Mei 2023.

Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh realme melalui media sosial Weibo. Syarikat itu telah memuat naik sebuah poster yang mengacah rekaan telefon tersebut, di mana ia bakal mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat.

Spesifikasi yang dikhabarkan dalam realme 11 termasuklah cipset MediaTek Dimensity 7-series, RAM sehingga 16GB, storan sehingga 1TB, skrin AMOLED 6.7 inci FullHD+, kamera utama 200MP, cas pantas 80W dan bateri 5,000mAh.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version