Site icon TechNave BM

Siri realme GT2 akan dilancar pada 20 Disember 2021

Selepas cipset telefon pintar andalan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 diumumkan pada awal bulan ini, realme mengatakan bahawa mereka bakal menjadi antara jenama terawal melancarkan telefon yang dilengkapi cipset tersebut.

Kini terdapat poster yang telah tertiris di mana realme mungkin akan melancarkan siri telefon pintar andalan realme GT2 pada hari Isnin, 20 Disember 2021 jam 9:00 pagi GMT (5:00 petang waktu Malaysia).

Ia turut disertakan bersama slogan “Innovation Forward”, menandakan teknologi peranti itu yang mungkin dilengkapi komponen tercanggih seperti cipset Snapdragon 8 Gen 1. Siri telefon tersebut dijangka akan terdiri daripada dua varian utama iaitu realme GT2 dan realme GT2 Pro.

Sebelum ini, realme GT adalah sebuah telefon andalan yang dilengkapi cipset Snapdragon 888 dan antara telefon andalan termurah dalam pasaran. Siri realme GT2 ini dijangka akan meneruskan legasi tersebut dan akan dijual pada harga yang lebih murah daripada pesaing.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version