Site icon TechNave BM

Siri Redmi K50 akan tiba tahun ini, mungkin sokong pengecasan yang lebih pantas

Redmi telah melancarkan siri Redmi K40 di China pada bulan Februari lalu dan ia adalah antara telefon kelas andalan yang terlaris pada tahun ini. Namun, mereka tidak ingin berhenti di sini kerana Xiaomi dikhabarkan sedang menghasilkan generasi baru siri Redmi K50.

Terbaru, eksekutif Redmi, Lu Weibing telah memuat naik soalan mengenai peranti Redmi K50. Beliau meminta pendapat peminat mengenai ciri-ciri yang mereka inginkan pada generasi baru siri Redmi K50.

Selain dari itu, sumber dalam talian menyatakan bahawa siri Redmi K50 akan hadir dengan ciri yang lebih baik berbanding generasi lalu terutamanya dari segi pengecasan, kamera dan kualiti skrin. Redmi K40 hadir dengan pengecasan pantas 33W bersama bateri 4,520mAh. Jadi, ia berkemungkinan akan ditambah baik ke 50W atau 65W.

Sehingga kini, Xiaomi belum memberitahu tarikh pelancaran siri Redmi K50. Namun, berdasarkan tarikh catatan Weibing, ia berkemungkinan besar akan memasuki pasaran sebelum tahun ini berakhir.

Untuk spesifikasi lain, ia masih lagi belum diketahui. Kami jangkakan bahawa lebih banyak informasi mengenainya bakal muncul dalam minggu yang akan datang.

Nantikan berita lanjut mengenai siri Redmi K50 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version