Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy Book dilancar: Komputer riba multimedia dan “gaming” bermula ~RM2,250

Dalam acara Galaxy Unpacked pada hari ini, Samsung telah melancarkan siri komputer riba baharu iaitu Galaxy Book yang terdiri daripada Galaxy Book Pro 360, Galaxy Book Pro, Galaxy Book dan Galaxy Book Odyssey.

Siri Galaxy Book Pro akan dilengkapi cipset Intel Core generasi ke-11, pilihan skrin AMOLED 15.6 inci atau 13.3 inci dengan sokongan Eye Care Display, sokongan Thunderbolt 4, papan kekunci Pro Keyboard, dua mikrofon dengan pembatalan hingar, bateri yang boleh bertahan sehingga 16 jam dan pengecasan 65W. Komputer ini juga menampilkan saiz yang sangat nipis pada 11.2 mm dan berat 868g sahaja.

Galaxy Book Pro 360 menampilkan skrin Super AMOLED 15.6 atau 13.3 inci yang boleh diputar 360 darjah dan menyokong penggunaan skrin sentuh oleh sebatang stilus S Pen yang turut disertakan bersama komputer tersebut. Selain itu, komputer 2-dalam-1 ini juga menyokong rangkaian 5G.

Galaxy Book pula menampilkan saiz komputer riba yang standard dan mempunyai engsel yang boleh dilipat sehingga 180 darjah. Ia dilengkapi pemproses Intel Core generasi ke-11, storan SSD sehingga 2TB, RAM 16GB, pembesar suara Dolby Atmos dan pengecasan 65W.

Samsung juga melancarkan sebuah komputer riba gaming iaitu Galaxy Book Odyssey yang dilengkapi skrin 15.6 inci, pemproses Intel Core H-Series, GPU NVIDIA RTX 3050Ti, RAM sehingga 32GB, sistem penyejukan yang lebih maju dan menyokong pengecasan 135W.

Berikut adalah harga untuk siri Galaxy Book:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version