fbpx
More

    Siri Samsung Galaxy Book dilancar: Komputer riba multimedia dan “gaming” bermula ~RM2,250

    Dalam acara Galaxy Unpacked pada hari ini, Samsung telah melancarkan siri komputer riba baharu iaitu Galaxy Book yang terdiri daripada Galaxy Book Pro 360, Galaxy Book Pro, Galaxy Book dan Galaxy Book Odyssey.

    Siri Galaxy Book Pro akan dilengkapi cipset Intel Core generasi ke-11, pilihan skrin AMOLED 15.6 inci atau 13.3 inci dengan sokongan Eye Care Display, sokongan Thunderbolt 4, papan kekunci Pro Keyboard, dua mikrofon dengan pembatalan hingar, bateri yang boleh bertahan sehingga 16 jam dan pengecasan 65W. Komputer ini juga menampilkan saiz yang sangat nipis pada 11.2 mm dan berat 868g sahaja.

    Galaxy Book Pro 360 menampilkan skrin Super AMOLED 15.6 atau 13.3 inci yang boleh diputar 360 darjah dan menyokong penggunaan skrin sentuh oleh sebatang stilus S Pen yang turut disertakan bersama komputer tersebut. Selain itu, komputer 2-dalam-1 ini juga menyokong rangkaian 5G.

    Galaxy Book pula menampilkan saiz komputer riba yang standard dan mempunyai engsel yang boleh dilipat sehingga 180 darjah. Ia dilengkapi pemproses Intel Core generasi ke-11, storan SSD sehingga 2TB, RAM 16GB, pembesar suara Dolby Atmos dan pengecasan 65W.

    Samsung juga melancarkan sebuah komputer riba gaming iaitu Galaxy Book Odyssey yang dilengkapi skrin 15.6 inci, pemproses Intel Core H-Series, GPU NVIDIA RTX 3050Ti, RAM sehingga 32GB, sistem penyejukan yang lebih maju dan menyokong pengecasan 135W.

    Berikut adalah harga untuk siri Galaxy Book:

    • Galaxy Book Pro: Bermula USD999 (~RM4,100)
    • Galaxy Book Pro 360: Bermula USD1,199 (~RM4,920)
    • Galaxy Book: Bermula USD549 (~RM2,250)
    • Galaxy Book Odyssey: Bermula USD1,399 (~RM5,740)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kompilasi pelancaran telefon pintar di Malaysia pada April 2024: Telefon “Flip” dan “mid-range” baharu!

    Meskipun kita sibuk dengan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada bulan April lalu, itu tidak bermaksud industri telefon pintar tempatan...

    Ujian kelajuan rangkaian lanjutan 5G oleh DNB, ZTE, TM tersenarai dalam Malaysia Book of...

    Pada Oktober 2023, tiga syarikat teknologi telekomunikasi menjalankan ujian rangkaian 5G-Lanjutan menggunakan teknologi mmWave yang menunjukkan kelajuan pemindahan data sepantas 28Gbps oleh...

    Bermula Jun 2024, Google Wallet hanya boleh diguna oleh Android 9 dan ke atas

    Jika anda kerap menggunakan perkhidmatan e-dompet Google Wallet dalam transaksi harian, anda perlu kenal pasti sistem operasi yang digunakan dalam telefon pintar...

    OPPO Reno 12 Pro dikatakan sokong fungsi panggilan Bluetooth

    Khabar angin mengenai OPPO Reno 12 Pro yang akan datang telah muncul dengan kebocoran daripada sumber yang boleh dipercayai, stesen sembang digital....

    WhatsApp lancarkan ciri cegah tangkapan skrin gambar profil

    WhatsApp lancarkan ciri baru untuk iOS yang akan mencegah pengguna daripada mengambil tangkapan skrin gambar profil. WABetaInfo berkongsi imej yang mendedahkan bahawa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X