Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy S24 bakal jadi telefon AI paling pintar yang pernah dihasilkan

Samsung akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) pada telefon pintar perdana siri Galaxy S24. Sumber mendedahkan bahawa Samsung mahu menjadikan Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra sebagai telefon AI paling pintar yang pernah ada di mana ia akan menjadi persaingan hebat untuk Google yang menawarkan AI dalam barisan Pixel.

Siri Galaxy S24 akan mempunyai ciri yang diambil terus daripada ChatGPT dan Google Bard seperti keupayaan untuk mencipta kandungan serta topik berdasarkan beberapa kata kunci yang disediakan oleh pengguna. Terdapat juga ciri-ciri yang telah direka sendiri oleh Samsung seperti AI Generatif teks-ke-imej yang diumumkan dalam pelancaran Exynos 2400.

Fungsi AI tersebut juga tersedia dalam talian dan luar talian. Ciri pertuturan-ke-teks merupakan salah satu fungsi yang akan mempunyai peningkatan. Siri Galaxy S24 juga sepatutnya lebih pantas dalam melaksanakan tugas AI berbanding telefon pintar Pixel kerana penggunaa cip Exynos dan Snapdragon yang lebih berkuasa.

Galaxy S24, S24+ dan S24 Ultra dijangka akan diumumkan pada bulan Januari. Walau bagaimanapun, kita perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Samsung. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SamMobile

Exit mobile version