Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy Tab S7 kini terdapat dalam warna Mystic Navy

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan warna terbaru untuk siri tablet andalan Samsung Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+ iaitu warna biru gelap Mystic Navy. Tablet ini juga dilengkapi dengan kemas kini terbaru untuk sistem operasi One UI 3.

Galaxy Tab S7+ dilengkapi skrin AMOLED berukuran 12.4 inci dengan resolusi 2800×1752, cipset Snapdragon 865+, kamera utama 13MP, RAM 8GB dan bateri 10,090mAh. Ia turut dilengkapi batang stilus S Pen untuk penulisan yang responsif pada skrinnya. Kami amat menggemari pengalaman menggunakan tablet ini seperti yang ditulis dalam ulasan kami.

Galaxy Tab S7 pula dilengkapi kebanyakan spesifikasi yang sama pada Tab S7+, namun ia dilengkapi skrin AMOLED 11.0 inci sahaja dan bateri yang lebih kecil iaitu 8,000mAh.

Galaxy Tab S7+ dijual pada harga RM4,599 dan Galaxy S7 pula berharga RM3,299. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version