Site icon TechNave BM

Siri Samsung Galaxy Watch5 bantu jaga kesihatan anda daripada segi latihan & aktiviti harian

Untuk memperoleh kesihatan dan kesejahteraan yang baik tidaklah terlalu sukar. Samsung Health membantu anda untuk kehidupan lebih sihat dan menyeronokkan. Selain itu, ia boleh diakses pada jam tangan pintar seperti Samsung Galaxy Watch5, telefon dan TV pintar Samsung.

Siri Galaxy Watch5 dilengkapi dengan penderia Samsung BioActive yang berkuasa terutamanya penderia Bioelectrical Impedance Analysis (BIA). Anda boleh menetapkan sasaran komposisi badan khusus dalam aplikasi Samsung Health seperti jisim otot yang lebih tinggi atau peratusan lemak badan yang lebih rendah. Ia akan menghantar motivasi harian, peringatan susulan dan lencana pencapaian untuk memastikan anda sentiasa bermotivasi.

Galaxy Watch5 menjejaki corak dalam setiap peringkat tidur dan memperbaiki tidur anda. Samsung Health akan menganalisis dan kemudiannya memadankan anda dengan haiwan simbol tidur yang comel dan menyesuaikan program Latihan Tidur Lanjutan selama sebulan dengan misi harian untuk anda seperti bersenam, bermeditasi, mengelakkan tidur siang dan banyak lagi. 

Selain itu, Samsung Health akan sentiasa memantau kadar denyutan jantung, oksigen darah, tahap tekanan, input makanan dan aktiviti harian anda sepanjang hari. Aplikasi ini akan memaklumkan anda jika sebarang tabiat tidak sihat atau gejala luar biasa dikesan untuk anda mengambil tindakan segera.

Kesihatan Wanita dalam Samsung Health yang disambungkan dengan aplikasi Glow menawarkan pengurusan gejala berkaitan kitaran haid dan kandungan yang diperibadikan. Setelah Glow mempelajari corak kitaran pengguna, ramalannya akan menjadi lebih bijak untuk aktiviti berkaitan kesihatan dan mengawal kesihatan reproduktif anda.

Anda boleh memuat turun aplikasi Sasmung Health dan dapatkan siri Samsung Galaxy Watch5 di laman web rasmi Samsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version