Site icon TechNave BM

Siri vivo V25 bakal dilancar di Malaysia pada 29 Ogos

Siri vivo V25 telah dilancarkan di India pada beberapa hari lepas dan kini ia akan membuat penampilannya di Malaysia. Di laman web rasmi vivo Malaysia, terdapat dua model bagi barisan V25 ini iaitu V25 dan V25e yang akan diumumkan pada pada 29 Ogos ini . 

Anda boleh mencuba nasib anda untuk menyertai acara pelancaran vivo V25 ini dengan mengikut langkah-langkah tersebut di halaman Facebook mereka:

  1. Carian Google vivo V25
  2. Klik pautan dan tatal ke bawah untuk mengisi maklumat anda
  3. Suka, kongsi siaran ini dan tag 2 rakan untuk menyertai

Buat masa ini, kami tidak pasti spesifikasi lengkap V25 untuk pasaran Malaysia. Sekiranya sama dengan varian India, ia akan menggunakan cipset MediaTek Dimensity 900, kamera utama 64MP, kamera swafoto 50MP dan menyokong pengecasan 44W. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version