Site icon TechNave BM

Siri vivo X100 dilancar: Kamera ZEISS dengan sensor 1 inci, cipset Dimensity 9300, cas pantas 120W bermula ~RM2,780

vivo telah melancarkan siri telefon pintar andalannya yang terbaru di China iaitu vivo X100 dan vivo X100 Pro. Seperti telefon-telefon lain dalam siri vivo X sebelum ini, vivo X100 menampilkan pelbagai fungsi kamera canggih terutamanya teknologi fotografi ZEISS untuk memberikan kualiti gambar yang tinggi.

Satu perbezaan utama di antara vivo X100 dengan vivo X100 Pro adalah pada kameranya, di mana vivo X100 mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX920 berukuran 1/1.49 inci, manakala vivo X100 Pro mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor ZEISS 1 inci yang lebih besar dan membenarkannya untuk menangkap lebih banyak cahaya sewaktu mengambil gambar.

vivo X100 Pro juga mempunyai ZEISS APO Floating Telefphjoto Camera yang boleh memberikan gambar yang jelas walaupun dengan zum sejauh 6x ke 10x dalam suasana malap. Ia turut mempunyai ZEISS Apochromatic Lens yang menurunkan masalah chromatic aberration, ghosting dan butiran kabur. vivo X100 standard pula mempunyai ZEISS Telephoto Camera dengan sensor OV64B 64MP dan jarak fokal 70 milimeter.

Kedua-dua telefon mempunyai kamera ultra-lebar dengan sensor JN1 50MP yang menangkap lebih banyak cahaya sebanyak 10 peratus berbanding generasi sebelumnya. Ia juga menyokong ramakan 4K 60fps.

Siri vivo X100 menawarkan mod ZEISS Multifocal Portrait yang menyediakan fungsi gambar potret pada jarak fokal 24mm (zum 1x), 35mm (zum 1.5x), 50mm (zum 2.2x), 85mm (zum 3.7x) dan 100mm (zum 4.3x).

Selain itu, vivo X100 Pro turut dilengkapi cip vivo V3 yang boleh merakam 4K Cinematic Portrait Video dengan lapisan warna LUT dan efek bokeh khas untuk menghasilkan video potret 4K yang lebih sinematik. vivo X100 standard pula sekadar dilengkapi cip vivo V2 yang diperkenalkan dalam siri vivo X90 sebelum ini.

Daripada segi rekaan, siri vivo X100 mempunyai rating kalis air IP68 dan ditawarkan dalam pilihan warna Asteroid Black dan Startrail Blue.

Kedua-dua varian dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9300 iaitu cipset telefon pintar tercanggih oleh MediaTek setakat ini. Siri vivo X100 merupakan telefon pertama yang dilengkapi Dimensity 9300 dan bakal menawarkan prestasi pantas untuk pelbagai kegunaan berat.

Untuk bateri, vivo X100 dilengkapi bateri 5,000-5,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 100-120W, manakala vivo X100 Pro dilengkapi bateri 5,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Siri vivo X100 akan dijual pada harga bermula:

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo X100 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version